Monday, March 19, 2007

Pengalaman pengembaraan ke Semenanjung Sinai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah sebagaimana yang dirancang AJK pelaksana program ke Semenanjung Sinai 2002 dibawah Unit Sambutan Dan Rehlah Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Melaka Mesir (BKKIMM) akhirnya dengan izin Allah kami bersama para peserta seramai 50 orang bertolak dari Rumah Anak Negeri Melaka Hayyu Sabie' menuju ke destinasi-destinasi yang telah dijadualkan.Perjalanan kami bermula pada jam 2.30 pagi.Hampir 3 jam perjalanan dari Rumah Melaka,kami singgah disuatu perhentian untuk solat subuh dan sarapan di sana.Sekitar 1 jam setengah kemudian kami pun berangkat menuju ke destinasi pertama kami iaitu melalui Terowong Ahmad Hamdi yang menyusur masuk dibawah Terusan Suez.Sebagaimana yang kita ketahui suatu ketika dahulu terusan ini menjadi rebutan musuh-musuh mesir.Meraka adalah dikalangan tentera-tentera Prancis dan Britain yang dibantu oleh Israel.Terusan ini menjadi rebutan mereka kerana ia mampu menjadi terusan utama dalam hubungan perdagangan dunia bagi menghubungkan Benua Eropah dan Asia khususnya.Namun takdir mengatasi tadbir.selepas 50 tahun mengundang berbagai krisis, hingga kini terusan itu masih dikuasai Kerajan Mesir.Dengan teknologi Perancis maka terasmilah penggunaan terowong ini pada tahun 1869.Dikatakan bahawa pembinaan terowong ini juga melibatkan pembangunan Terusan Suez memerlukan sejumlah 1600 ekor unta untuk mengangkat air minuman kepada 2500 orang pekerja.Melalui terowong tersebut kami terus menuju ke Kubu Israel yang ditinggalkan mereka setelah menerima kekalahan dalam peperangan sengit antara tentera Mesir pada ketika itu sekitar tahun 1960an.Banyak kesan-kesan peninggalan tentera-tentera Israel yang terdapat di situ antaranya alat kelengkapan perang mereka samaada yang telah musnah mahupun yang masih berkeadaan baik lagi.Kemudian kami menuju ke 'Uyun Musa dan Hamam Fir'aun sebelum meneruskan destinasi ke Sant Chaterine.Laut yang terletak di kawasan 'Uyun Musa inilah dipercayai bahawa Fir'aun di tenggelamkan bersama-sama dengan kroni-kroninya.Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat ke 50:

وإذ فرقنا بكم البحر فأنجينكم وأغرقنا ءال فرعون وأنتم تنظرون

Maksudnya:”Dan kenangkanlah ketika kami belahkan laut merah untuk kamu lalui (pengikut dikalangan Bani Israel yang turut bersama Musa Melarikan daripada ancaman Fir’aun),maka kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan Fir’aun bersama-sama tentera-tenteranya,sedang kamu mengatahuinya”
Bertolak dari Hamam Fir’aun terus menuju ke Sant Chaterine mengambil masa perjalanan lebih kurang 4 jam untuk sampai.Dalam perjalanan, selepas melalui pondok kawalan keselamatan yang menandakan kami sudah hampir untuk tiba destinasi tersebut,sempat untuk kami menziarahi makam Nabi Allah Saleh.Sebagaimana yang kita ketahui Nabi Allah Saleh Yang diutuskan untuk kaum Thamud.Nabi Saleh ‘Alaihi Salam telah dicabar oleh kaumnya bagi menunjukkan mu’jizatnya jika ia benar-benar nabi yang diutuskan Allah.Akhirnya dengan izin Allah, doanya agar Allah mengeluarkan seekor unta betina dari perut sebuah batu karang besar yang terdapat disisi sebuah bukit berhadapan dengan mereka termakbul.Lantas peringatan diberikan kepada Kaum Thamud agar tidak membunuh Unta Betina itu jika tidak mahu ditimpa keatas mereka bala Allah.Namun peringatan itu tidak di endahkan dan mereka menerima bala Allah sebagaimana yang dijanjikan ke atas mereka.
Di firmankan Allah S.W.T kisah ini antaranya di dalam Surah Asy-Syams ayat 12 hingga 15:

"كذبت ثمود بطغواها*إذ انبعث أشقاها*فقال لهم رسول الله ناقة الله
وسقياها*فكذبوه فعقروها فدمدم عليهم ربهم بذنبهم فسواها*ولا يخاف عقباها*

Maksudnya:”Ingatlah Kaum Thamud telah mendustakan (rasulnya)dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas(11)Ketika orang yang sehabis-habis jahat di antara mereka menerima perintah daripada mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mu’jizat(12)Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Saleh) kepada mereka :”Janganlah kamu ganggu unta betina daripada Allah itu,dan janganlah kamu menyekatnya daripada mendapatkan air minumannya (supaya kamu tidak ditimpa azab)(13)Setelah Nabi Saleh memberi amaran lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu.Dengan sebab dosa mereka,maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah ranah semuanya)(14)Dan Allah tidak hiraukan kesudahan mereka yang demikan,(kerana itulah balasan yang adil)(15)

Selepas itu kami terus menuju ke Sant Chaterine.Setibanya para peserta di Sant Chaterine kami bersembahyang dan makan dahulu sebelum berjalan kaki melalui kawasan lembah yang dikelilingi bukit-bukit batu yang besar menuju ke tempat yang dikatakan terpancutnya 12 mata air dan kawasan Wadi Arba’ien.
Kisah terpancutnya 12 mata air itu di rakamkan Allah S.W.T didalam Surah Al-Baqarah ayat ke 60:

"وإذ استسقى موسى لقومه فقلنا اضرب بعصاك الحجر فانفجرت منه اثنتا عشرة عينا قد علم كل أناس مشربهم كلوا واشربو من رزق الله ولا تعثوا فى الأرض مفسدين"

Maksudnya:”Dan Ingatlah ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,maka Kami berfirman:”Pukullah batu itu dengan tongkatmu”.(Ia pun memukulnya),lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air;sesungguhnya setiap satu puak (diantara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.Dan Kami berfirman:”Makan dan minumlah daripada rezeki Allah itu,dan janganlah kamu merebakkan bencana dan kerosakan diatas muka bumi.”
Kami kembali semula ke masjid untuk solat maghrib dan isyak.Kami berehat beberapa jam sebelum berangkat untuk menjejaki puncak Jabal Thursina pada awal paginya.

Pada pukul 2.45 pagi bermulalah pengembaraan yang dinantikan-nantikan oleh para peserta bagi menyelami penghayatan suasana bagaimana Nabi Musa menjejaki ke puncak Thursina bagi menunaikan perintah Allah menerima Taurat buat pedoman umatnya.Ketika itulah kami dapat merasai betapa sukarnya untuk mendaki Jabal Thursina tanpa semangat dan jiwa yang kental mana mungkin dapat kami menjejakinya.Apatah lagi kepayahan yang dialami oleh Nabi Musa semata-mata menyanjungi perintah yang diamanahkan Allah untuk memimpin umatnya.
Kisah Jabal Thursina @ Jabal Musa ini juga dirakamkan di dalam Al-Quran,Surah Al-Baqarah ayat 64:

"وإذ أخذ نا ميثاقكم ورفعنا فوقكم الطور خذوا مآ ءاتيناكم بقوة واذكروا ما فيه لعلكم تتقون"

Maksudnya:”Dan ingatlah ketika kami mengambil perjanjian setia kamu semasa kami angkatkan gunung Thursina di atas kamu sambil kami berfirman:”Terimalah Taurat yang telah kami kurniakan kepada kamu(serta amalkanlah)dengan bersungguh-sungguh,dan ingatlah (jangan lupakan )apa yang tersebut di dalamnya,supaya kamu bertakwa.”

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diketuai setiap kumpulan oleh penunjuk jalan dikalangan mahasiswa-mahasiswa senior.Alhamdulillah dimaklumkan kumpulan pertama telah berjaya menjejaki jabal Thursiana tersebut pada pukul 5.15pagi dan diikuti oleh kumpulan-kumpulan lain pada waktu berikutnya.Pada tahun ini juga peserta-peserta beruntung kerana dapat melihat ketulan-ketulan ais yang banyak terbentuk dicelahan-celahan batu ketika hampir tiba di puncaknya.Setelah kesemua kumpulan tiba kepuncak kemudian kami sama-sama menuruni dari puncak tersebut.Kebanyakan peserta mengambil masa sekurang-kurangnya 2jam menuruni puncak gunung tersebut untuk sampai keperkarangan tempat menungu bas.Kelihatan raut wajah para peserta yang telah selamat tiba diperkarangan menunggu ketibaan bas dalam keadaan keletihan yang amat sangat.
Setelah bas kami sampai diperkarangan,terus kami menaikinya menuju ke Makam Nabi Allah Harun dan patung Lembu Samiri yang dikatakan pernah menjadi sembahan Bani Israel suatu ketika dahulu. Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Baginda ialah adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar.
Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan al-Quran,Surah Al-Qasos ayat 34:

"وأخي هارون هو أفصح مني لسانا فأرسله معي ردءا يصدقني إني أخاف أن يكذبون"

Maksudnya:”Dan saudaraku Harun ,Ia lebih Fasih lidahnya daripadaku,maka utuskanlah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku;sesungguhnya aku bimbang mereka akan mendustakakan ku”

Nabi Harun hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Musa, di daerah al Tiih, iaitu sebelum Bani Israel memasuki Palestin.Perjalanan kami diteruskan lagi untuk terus menuju ke sebuah pecan kecil yang diberi nama Dahab.Di sinilah antara tempat perlancongan yang menjadi tumpuan pelancong samada di dalam mahupun diluar negeri.Setibanya disana kami menempah sebanyak 42 buah chalet dengan harga 20.00Pounds sebilik.Para peserta mengambil kesempatan sepanjang berada di Dahab dengan membeli cenderamata yang banyak dijual dikawasan tersebut.Mereka sempat juga beriadah dan mandi manda di tepi pantai.
Pada esok harinya ,seawal jam 12.00 tengahari kami berangkat dari Dahab terus menuju ke dua destinasi terakhir sebelum berangkat pulang ke Kaherah.Destinasi pertama kami pada hari itu ialah ke kawasan pelabuhan kapal-kapal penumpang yang dinamakan Nuwaiba’.Bagi mahasiswa-mahasiswa Azhar yang ingin menunaikan haji atau umrah merka lebih gemar menggunakan perkhidmatan dengan menaiki kapal dari pelabuhan itu.Hasrat kami untuk masuk kekawasan perlabuhan itu terpaksa dibatalkan berikutan harga tiket yang agak mahal.Jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah persimpangan yang mana kelihatan dari sudut tersebut permandangan dari jauh sekitar kawasan palebuhan Nuwaiba’.
Perjalanan kami diteruskan dengan menuju terus ke Kubu Salehuddin Al-Ayubi yang terletak di Toba.Kubu tersebut yang terbina di dalamnya beberapa infrastuktur yang meliputi beberapa kawasan tertentu.Di antaranya kawasan tadahan air hujan bagi membekalkan air minuman kepada tentera-tentera Salehuddin,bilik gerakan utama,masjid,bilik air,dapur roti untuk menyediakan makanan kepada tentera,bilik kawalan tentera,bilik Salehuddin Al-Ayubi turut terdapat di dalamnya,kawasan pertahanan yang dibina amat stategik sekali bagi menghadapi ancaman musuh.Kedudukan kubu yang dikatakan strategik itu boleh dikatakan betul-betul bertentangan dengan 3 buah negara iaitu Jordan,Syria dan Israel.2jam kemudiannya kami terus menuju ke kawasan sempadan antara Israel dan Mesir.Kawalan ketat oleh tentera yang berada di sempadan masing-masing memaksa kami untuk melauinya sahaja dikawasan tersebut tanpa berhenti dan terus menuju ke Masjid As-Salam di Toba berhampiran dengan kawasan sempadan Israel Mesir untuk solat dan makan sebelum berangkat menuju ke Kaherah untuk pulang.

Tempat-tempat menarik di semenanjung Sinai

Wadie Arbain

Air mata air Nabi Musa as (Uyun Musa)

Pokok Yahudi ini terletak didalam gereja dikaki Jabal Musa


Dikatakan pancaran dari patung emas yang dibuat oleh Samiri (pengikut Nabi Musa)lalu terpancar ke bukit dan membentuk seolah-olah seperti seekor lembu. Ukiran ini terletak berhampiran dengan telaga mata air




makam Nabi Harun



di bukit Thursina















Kisah Jabal Thursina @ Jabal Musa ini juga dirakamkan di dalam Al-Quran,
Surah Al-Baqarah ayat 64:
"وإذ أخذ نا ميثاقكم ورفعنا فوقكم الطور خذوا مآ ءاتيناكم بقوة واذكروا ما فيه لعلكم تتقون"
Maksudnya:”Dan ingatlah ketika kami mengambil perjanjian setia kamu semasa kami angkatkan gunung Thursina di atas kamu sambil kami berfirman:”Terimalah Taurat yang telah kami kurniakan kepada kamu(serta amalkanlah)dengan bersungguh-sungguh,dan ingatlah (jangan lupakan )apa yang tersebut di dalamnya,supaya kamu bertakwa.”

Tempat-tempat menarik di Semenanjung Sinai

KUBU ISRAEL











Kubu Israel yang ditinggalkan mereka setelah menerima kekalahan dalam peperangan sengit antara tentera Mesir pada ketika itu sekitar tahun 1960an.



makam Nabi Allah Saleh a.s

Sejarah Semenanjung Sinai

Perang Enam-Hari juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, Perang Enam' Hari, atau Perang Jun, telah ditempur antara Israel dan negeri Arab dari Mesir, Jordan, dan Syria. Apabila Mesir menghantar pegawai PBB jauh dari sempadan Mesir-Israel dan menambahkan aktiviti ketenteraannya dekat sempadan, dan sekat kemasukan dari Selat Tiran ke kapal Israel, Israel melancarkan serangan pra-tentang pada pasukan udara Mesir bimbang serangan akan berlaku oleh Mesir. Jordan gilirannya menyerang bandar Israel Baitulmuqaddis dan Netanya. [8] [9] Pada akhir perang, Israel telah menguasai Jalur Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat, dan Dataran Tinggi Golan. Akibat perang memberi kesan kawasan geopolitik hingga ke hari ini.

Israel Gempur Semenanjung Sinai

29 Oktober 1956, tentara Zionis menyerang semenanjung Sinai di Mesir. Serangan ini menyusul pengumuman nasionalisasi Terusan Suez oleh Jamal Abdul Naser, Presiden Mesir saat itu, yang dilanjutkan dengan pelarangan atas kapal-kapal Israel untuk melintasi terusan tersebut. Dengan serangan itu, Isreal berharap bisa menduduki Teluk Aqaba di ujung Laut Merah untuk dijadikan jalur lalu-lalang kapal-kapalnya. Dua hari kemudian, Inggris dan Perancis, yang melindungi Israel, menurunkan pasukan penerjun payungnya di sekitar Terusan Suez. Tujuan serangan tiga arah terhadap Mesir ini adalah untuk menggagalkan nasionalisasi terusan yang menghubungkan laut Mediterania dengan laut Merah ini. Sebelum dinasionalisasi, Terusan Suez berada di bawah kontrol Inggris dan Perancis. Selama beberapa bulan, tiga negara agresor itu berhasil menduduki terusan Suez, namun karena derasnya desakan opini dunia dan campur tangan PBB, ketiga negara tersebut meninggalkan Mesir pada tahun 1957. Perang ini dalam sejarah peperangan Arab-Israel dikenal dengan nama Perang Suez.

Semenanjung Sinai

Semenanjung Sinai atau Sinai merupakan satu semenanjung berbentuk segitiga yang terletak di antara Laut Mediterranean (ke utara) dan Laut Merah (ke selatan), yang terletak di Mesir. Ia mempunyai keluasan sebanyak 60,000 kilometer persegi.
Gunung Sinai terletak di sebelah selatan semenanjung ini.
Semenanjung Sinai (b. Arab: شبه جزيرة سيناء) adalah sebuah semenanjung berbentuk segi tiga yang terletak di Asia Barat namun menjadi bagian dari Mesir di Afrika. Daratan seluas 60.000 km² ini dibatasi oleh Laut Tengah di utara, Laut Merah di selatan, Terusan Suez di barat, dan perbatasan dengan Israel di timur laut.
Semenanjung Sinai hampir seluruhnya terdiri dari padang pasir namun ada penduduk di pesisir Sabah di Taba (dekat kota Eilat, Israel) dimana terdapat hotel dan kasino. Lebih ke selatan lagi, terdapat Nuweiba, Dahab, serta Sharm el-Sheikh. Di pesisir utara, ada penduduk di dekat Jalur Gaza yaitu di El-Arish.
Gunung Sinai terletak di sebelah selatan semenanjung ini.

Semenanjung Sinai , Teluk Suez (barat), Teluk Aqaba (timur) dari kapal angkasa bolak-balik STS-40
Gunung Sinai (juga dikenal dengan nama Jabal Musa جبل موسَى dalam bahasa Arab) adalah sebuah gunung yang terletak di Semenanjung Sinai di Mesir. Tingginya 2.285 meter dan berada di barisan pegunungan di sebelah selatan semenanjung tersebut.

Lokasi gunung sinai di semenanjung sinai